Ikan Goreng Bersos Tomyam

Ramuan / Bahan

Bahan utama:

500 gm ikan senangin atau siakap
Garam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Sedikit minyak untuk menggoreng Ramuan A:

1 peket perencah tomyam
12 ulas bawang merah (dihiris)
6 cm kepingan halia (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
10 ekor udang (dibuang kulit dan dicincang kasar)

Ramuan B:

¼ cawan air
3 camca besar gula perang
2 camca besar sos ikan
½ camca teh serbuk pati ikan bilis
1/3 cawan susu sejat
10 biji cili padi (dicincang kasar)
3 pokok daun ketumbar (dihiris)
2 pokok daun bawang (dicincang kasar)

Cara-cara

Bersihkan ikan, buat belahan berpalang di kedua bahagian ikan dan biarkan seekor.

Letakkan perasa ikan dengan garam dan lada sulah. Goreng ikan sehingga kekuningan , tuskan dan letak di atas pinggan hidangan.

Keluarkan minyak sehingga tinggal 3 camca besar sahaja.

Tumis ramuan A sehingga kekuningan, masukkan udang dan goreng sehingga ia masak.

Masukkan ramuan B dan renih selama 3 minit. Masukkan susu sejat dan cili padi. Masak sehingga ia panas dan senduk ke atas ikan.

Hias dengan daun ketumbar dan bawang. Hidangkan ketika panas.