Ikan Goreng Asam

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan siakap
8 biji cili kering
3 biji bendi
3 biji bawang merah
2 biji buah keras
1 batang serai
Sedikit kunyit & lengkuas

Cara-cara

Tumbuk cili kering, serai, kunyit & lengkuas hingga lumat. Kemudian tumbuk pula bawang merah & belacan. Kemudian tumiskan rempah yg telah ditumbuk tadi & bila telah naik baunya,p erahkan sedikit air asam jawa & air. Bila kuahnya telah mendidih, masukkan ikan & bendi. Jika suka, masukkan tomato & angkat.