Ikan Cencaru Sumbat Cili

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan cencaru yang besar
50 sen cili merah
5 ulas bawang merah
Sedikit belacan Sedikit asam jawa
Garam serta minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dibuang perutnya tetapi jangan buangkan kulit kerasnya. Kemudian dibasuh dan toskan airnya. Belacan dibakar setelah itu tumbuk sehingga lumat dengan cili merah serta bawang merah. Bila telah lumat perahkan sedikit air asam jawa yang agak pekat ke dalamnya. Kemudian bubuh garam secukup rasa sambil digaul hingga rata. Sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ini ke dalam perut ikan. Setelah itu bolehlah digoreng hingga masak di dalam minyak yang secukupnya.