Ikan Cencaru Sumbat

Ramuan / Bahan

3 ekor Ikan Cencaru
1 labu bawang besar
1 biji bawang putih
2 cm belacan
2 biji lada merah
6 biji cili api
1 cm Halia
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
sedikit kunyit
Garam secukup rasa
secubit gula

Air Asam Pencicah:
1 labu bawang besar
beberapa biji cili api
Asam Jawa (diperah dengan ½ cawan air)
3 biji limau kasturi
Sedikit belacan
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Saperti biasa ikan dibersihkan dan dibelah
belakang. Bahan-bahan saperti bawang putih, merah dan lain-lain kecuali daun kunyit ditumbuk lumat digaul dengan garam gula dan daun kunyit. Setelah itu barulah digoreng dengan mengguna minyak sedikit, gorenglah hingga agak garing dan diangkat.
Untuk bahan pencicah hiriskan bawang,cili gaul rata bersama belacan,limau,gula dan garam dan air asam.