Biskut Serpihan Coklat

Ramuan / Bahan

120 gm mentega tanpa garam
120 gm gula halus
90 gm gula perang
2 biji telur
120 gm serpihan coklat
60 gm walnut, dicincang kasar Diayak bersama:
ΒΌ cawan serbuk koko
330 gm tepung serba guna
2 camca besar serbuk penaik

Cara-cara

Pukul mentega bersama kedua-dua jenis gula hingga kembang. Masukkan telur, kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama, serpihan coklat dan walnut. Gaul sebati. Bulat-bulatkan adunan seperti guli dan susun di atas dulang bakar. Tekan adunan sedikit sebelum dibakar. Bakar 10 - 12 minit pada suhu 180'C. Apabila biskut sejuk, ayak serbuk koko di atasnya.