Ikan Bilis Lada Layang

Ramuan / Bahan

bahan A :
ikan bilis yang telah dikopek
belacan yang telah dibakar sebesar ibu jari
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
bahan B:
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
10 biji cili padi

Cara-cara

1.Hiriskan kesemua bahan B.Ketepikan
2.Separuh daripada ikan bilis tadi digoreng garing dan ketepikan.
3.Dengan menggunakan minyak hasil gorengan ikan bilis tadi,tumiskan kesemua bahan hirisan tadi.
4.Setelah bahan hirisan tadi separa masak, masukkan baki ikan bilis yang tidak digoreng tadi.kacau rata.biarkan seketika.
5.masukkan belacan bakar yang telah digaul/dibancug dengan air assam jawa tadi.biarkan mendidih.tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6.tutup api,angkat,taburkan ikan bilis yg telah digoreng tadi dan hidang!siap!