Ikan Bilis Goreng Berlada

Ramuan / Bahan

200 gram ikan bilis (dibersihkan)
1 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji cili hijau, dihiris 2 sudu besar cili giling
ΒΌ cawan air
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Ikan bilis digoreng terlebih dahulu. Kemudian panaskan sedikit minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi.

Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan cili giling. Tumiskan hingga garing. Masukkan cili merah, hijau, air, garam dan gula.

Biarkan seketika hingga kering sedikit. Apabila masak bolehlah dihidangkan bersama-sama nasi.