Ikan Bawal Sri Pengantin

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal
Bahan tumbuk:-
10 tangkai cili padi
1 sudu besar lada sulah
2 batang serai
1 sudu besar ketumbar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm halia
½ cm kunyit hidup ½ sudu kecil halba
½ cawan santan
½ cawan susu cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara

Siang dan bersihkan ikan, lumur garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Buangkan minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis bahan tumbuk da halba hingga wangi. Tuangkan santan dan susu, perisakan dengan garam, asam keping dan gula. Didihkan hingga pekat, masukkan ikan, balik-balikkan hingga berpalut. Alihkan ke pinggan taburkan bawang goreng.