Ikan Bawal Sri Pengantin

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal
10 tangkai cili padi(ditumbuk)
1 sudu besar lada sulah(ditumbuk)
2 batang serai(ditumbuk)
1 sudu besar ketumbar(ditumbuk)
6 ulas bawang merah(ditumbuk)
4 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 cm halia(ditumbuk)
½ cm kunyit hidup ½ sudu kecil halba
½ cawan santan
½ cawan susu cair
Minyak untuk menggoreng & menumis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara

Siang & bersihkan ikan, lumur garam kunyit. Panaskan minyak & goreng hingga kekuningan. Buangkan minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis bahan tumbuk & halba hingga wangi. Tuangkan santan & susu, perisakan dengan garam, asam keping & gula. Didihkan hingga pekat, masukkan ikan, balik-balikkan hingga berpalut. Alihkan ke pinggan taburkan bawang goreng.