Ikan Bawal Sambal Belacan Asam Mangga

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal sederhana besar yang siap digoreng bersama kunyit dan garam

Bahan A - ditumbuk lumat
5 tangkai cili merah
8 tangkai cili api
2.5 cm belacan (sebesar 2 jari)
½ sudu teh garam @ secukup rasa
1/3 sudu teh gula @ secukup rasa

Bahan B
1/3 cawan perahan air asam jawa/limau
1/3 cawan air suam
2 biji mangga muda (dicincang)
2 ulas bawang merah (dihiris)
¼ sudu teh kicap cair

Cara-cara

Bahan A yang ditumbuk lumat (sambal belacan)dicampur bersama bahan B.Gaulkan sebati dan selepas itu tuangkan di atas ikan yang siap digoreng. Hiriskan daun ketumbar sebagai hiasan.