Ikan Bawal Masam Manis Istimewa

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah/hijau
1 cm halia
1 biji tomato
Sedikit lobak merah
Sedikit kacang buncis
Sedikit bunga kubis 2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam
Sedikit gula (jika suka)

Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan digoreng.

2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.

3. Bawang besar, lada, halia dan sayur-sayur di hiris.

4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.

5. Masukkan bahan-bahan yang dihiris, gaul sebati.

6. Masukkan pula sos cili, sos tomato, garam dan gula, gaul sebati.

7. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Biar beberapa ketika kemudian angkat dan hidang.