Ikan Bakar Tom Yam ala alamin

Ramuan / Bahan

1 ekor Ikan Siakap yang segar 2 batang serai-ditumbuk sedikit
3/5 biji tomato-dipotong
2-4 cili api-tumbuk sedikit
½ batang lobak merah-dipotong
4-5 ulas bawang merah-dimayang
4 ulas bawang putih-dimayang
3-4 helai daun lima purut
air asam limau nipis
garam secukup rasa
daun saderi
perasa tom yam thai

Cara-cara

1.bersihkan ikan siakap sebersih-bersihnya(belah belakang)
2.letakkan foil,kemudian letakkan daun pisang di atas foil.
3.letakkan ikan dan sumbatkan semua bahan-bahan tadi ke dalam perut ikan,taburkan di atas dan di bawah ikan juga.
4.tutup ikan dengan daun pisang dan bungkus dengan foil sekemas yang mungkin
4.kemudian bakar ikan tadi di atas dapur arang@ketuhar.