Ikan Bakar Tempoyak

Ramuan / Bahan

500g ekor ikan sungai (jelawat)
2 ulas bawang putih
sebiji bawang merah
i sudu teh lada hitam
½ inci halia
½ inci kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Tempoyak 3 sudu teh 3-4 helai daun kunyit (sebagai pembalut ikan)

Cara-cara

Kisarkan seluruh bahan-bahan tersebut kecuali daun kunyit. Gaulkan bahan tadi bersama tempoyak. Perapkan selama 30 minit. Selepas itu balut ikan tersebut dengan daun kunyit. Bakar ikan yang dibalut.