Ikan Bakar Cili Muda

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan bawal
2 batang serai, dititik
Garam dan kunyit secukupnya
2 cawan santan pekat
Bahan-bahan dikisar:

4 tangkai cili hijau
5 biji bawang merah
5 cm halia
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Ikan dibersihkan. Lumurkan kunyit dan garam. Bakar hingga masak.

Santan dimasak bersama bahan-bahan kisar menggunakan api sederhana.

Ambil sedikit santan masak, sapukan kepada ikan bakar.

Kemudian panggang ikan, balik-balikkan sambil menyapu santan masak.