Ikan Asam Rebus

Ramuan / Bahan

500g ikan kembung
Bahan A:
3 biji bawang merah (dihiris)
10 tangkai cili padi (ditumbuk)
1 cawan air asam jawa
1L air

Bahan B:
4 helai daun kunyit
sedikit garam
bahan perasa(jika mahu)

Cara-cara

Rebus ikan bersama semua bahan A.Tunggu hingga mendidih,kemudian tambahkan sedikit garam dan bahan perasa.Akhir sekali masukkan daun kunyit dan tutup periuk.Biar selama 2 minit.Matikan api dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.