Gulai Siam

Ramuan / Bahan

600 gm ayam atau ikan kembung
2.5 cm lengkuas
1.5 cm belacan
20 biji terung belanda
6 biji cili kering
1 biji kelapa
4 labu bawang merah 20 batang kacang panjang
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
8 helai daun ruku
2 helai daun limau purut
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin cili kering, bawang merah dan lengkuas. Campurkan serbuk kunyit. Potong serai 5 cm dan ketuk. Potong ayam menjadi 8 atau 12 ketul. Jika menggunakan ikan, bersihkan ikan itu dan jangan dipotong. Potong kacang panjang sepanjang 3 cm. Petik terung belanda sebiji-sebiji. Siat-siat daun limau purut. Jerang santan yang dicampur dengan ramuan-ramuan dan belacan. Kacau perlahan-lahan. Masukkan ayam dan kacau lagi. Masukkan kacang panjang, terung belanda, daun ruku, daun limau purut dan serai. Masukkan asam keping dan garam. Kacau selalu dan setelah semua empuk, bolehlah diangkat.