Biskut Rapuh Oren

Ramuan / Bahan

300 gm mentega tawar
160 gm gula halus
300 gm tepung serbaguna 100 gm tepung jagung
1 sudu teh pati oren
1 sudu teh 'zest' oren

Cara-cara

Pukul mentega dan setengah daripada gula. Masukkan tepung yang telah diayak, baki gula, 'zest' dan pati oren. Adun hingga sebati dan sejukkan dalam peti sejuk selama sejam. Canaikan doh pada permukaan bertepung dan potong menjadi segi empat setebal 2 inci. Bakar selama 15 minit pada suhu 350C sehingga keemasan. Sejukkan sebelum digolekkan dalam serbuk gula dan disimpan.