Biskut Kek Buah

Ramuan / Bahan

434 gm buah-buahan campuran 'Big Sister'
¾ cawan kacang walnut, ditumbuk
1 camca besar madu
1 camca besar perahan limau susu
1 cawan mentega tanpa garam
½ cawan gula halus 1/3 cawan gula perang
½ cawan teh serbuk cengkih
1 biji telur ayam

Diayak bersama:
2 2/3 cawan tepung serba guna
¼ camca teh garam

Cara-cara

Gaulkan buah-buahan campuran bersama walnut, madu dan perahan limau susu. Perap sejam. Pukul mentega bersama kedua-dua jenis gula dan serbuk cengkih selama tiga minit. Masukkan telur dan kacau rata. Masukkan tepung bergaram dan gaul sebati. Masukkan campuran buah-buahan tadi ke dalam adunan mentega. Gaul rata. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama dua jam. Keluarkan adunan dan bahagikan kepada enam bahagian. Bentukkan adunan seperti bulan memanjang dan tabur sedikit tepung. Simpan semula di dalam peti sejuk untuk sejam lagi. Setelah itu potong-potong, sekeping anggaran 1.25 cm tebal dan dibakar 15 minit pada suhu 190'C.