Gulai Ikan Tongkol

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan tongkol yang sederhana besarnya
2 senduk cili mesin
1 ½ senduk bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 senduk minyak kelapa 1 senduk rempah kurma
2 keping kecil gula melaka
3 sudu teh gula pasir
4 biji cili merah dan hijau (dibelah dua)
Asam keping, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dipotong-potong basuh dan toskan airnya. Kelapa parut diambil santan secukupnya. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk dan digiling sehingga naik baunya. Masukkan ikan, gula melaka, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Masukkan santan apabila telah mendidih masukkan asam gelugur, cili merah dan cili hijau. Setelah sebati dan pekat bolehlah diangkat.