Cili Rebus Asam Ikan Patin

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan patin
* 50 sen cili padi
* 5 ulas bawang merah
* sedikit kunyit
* sedikit belacan
5 keping asam gelugor (ikut suka, jika suka masam tambahkan lagi bilangan asam gelugor)
2000 ml air
Garam secukup rasa

* Bahan-bahan ini hendaklah dikisar bersama

Cara-cara

Masukkan bahan yang telah dikisar, ikan, asam gelugor, garam dan air ke dalam periuk.

Letakkan periuk di atas api yang sederhana sehingga mendidih.

Setelah mendidih kecilkan api dan biarkan sehingga 5 minit atau sehingga kuah itu pekat sedikit. Setelah itu padamkan api. Siap untuk dihidangkan.