Biskut Rapuh

Ramuan / Bahan

120 gm tepung gandum
60 gm mentega/marjerin 30 gm gula halus

Cara-cara

Sediakan dulang pembakar dan ketuhar; Griskan dulang pembakar. Panaskan ketuhar 180'c. Sediakan Biskut; Ayak tepung dan gula sekali ke atas papan canai.Perlahan-lahan uli tepung yang bergula itu dengan mentega/marjerin dengan tangan hingga menjadi doh yang pepal. Canai kan doh menjadi bentuk kek bulatan yang tebal. Setebal hiasan picit tepinya dengan jari dan jari ibu. Bahagikan kepada 6-8 bahagian dengan pisau dan cucukkan permukaan dengan pisau supaya bercorak-corak. Bakar selama 20-30 minit . Apabila masak taburkan gula halus di atasnya. Sejukkan biskut itu dan hidangkan di atas piring yang beralaskan doili.