Cencaru Goreng Pedas

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan cencaru sederhana besar- belah belakang dari kepala ke ekor - jangan putus dan buang insang dan isi perutnya - cuci bersih dan toskan. Tak perlu buang kulit.

Gaulkan bersama :
1 sd besar serbuk kunyit
1 sd besar garam

Secukup minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar - dihiris bulat kasar
Kisar halus bersama :
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air
(alihkan ke mangkuk dan pada bekas cili yang tertinggal dalam pengisar, campurkan ½ cwn air dan goncang sebati)

Dibancuh bersama:
3 sd besar asam jawa
½ cwn air baki kisaran cili kering


1 sd besar paras garam
½ sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula



Cara-cara

Goreng ikan hingga masak. Tinggalkan 1 cwn minyak gorengan dan tumis bahan kisar bersama garam hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing. Masukkan bahan perasa, gula dan bawang, kacau hingga bawang layu.
Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata dan sumbat sedikit pes cili kedalam bahagian belakangnya semasa menggaul.

Angkat dan hidangkan.