Bawal Seri Wangi

Ramuan / Bahan

1 ekor bawal hitam
1 mangkuk santan pekat
Garam secukup rasa
Air asam jawa

Bahan-bahan dikisar:
10 biji bawang kecil 2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
1.27 sm halia
Sedikit belacan
4 batang serai

Cara-cara

Bersihkan ikan kemudian rendam didalam air asam jawa setengah jam. Masak santan hingga pecah minyak. Kemudian masukkan semua bahan kisar dan garam. Kacau rata. Apabila masak dan hampir kering, ketepikan. Goreng ikan bawal hingga masak. Letakkan di atas pinggan lalu dituangkan santan pekat di atasnya.