Bawal Putih Kukus Sos Tiram

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal putih
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
1 biji cili hijau (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 batang lobak merah (hiris) 3 sudu sos tiram
3 biji limau kasturi

Cara-cara

1)Bersihkan ikan dan letak dalam bekas yang boleh dikukus.
2)Taburkan bahan-bahan hiris.
3)Letak sos tiram.
4)Perahkan limau kasturi.
5)Kukus selama 20 minit.