Biskut Rangup Mentega

Ramuan / Bahan

125 g mentega
100 g gula kastor
1 biji telur
150 g tepung berserbuk penaik 1 titik esen vanila
Secubit garam
Sedikit badam (dipotong memanjang)

Cara-cara

Mentega, esen vanila, gula dan telur dipanaskan di atas api sehingga mentega agak cair. Angkat dari api dan sejukkan selama 5 minit sebelum memasukkan tepung. Kacau adunan hingga rata. Masukkan adunan ke dalam beg aising (tidak payah menggunakan nozel) dan paipkan adunan ke atas dulang pembakar yang telah berlenser dengan marjerin cair. (Camca teh juga boleh digunakan). Letakkan badam di atas setiap biskut dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 200C atau menggunakan gas nombor 6 hingga biskut agak kekeringan.