Bawal Masak Kari

Ramuan / Bahan

3 ekor ikan bawal hitam dikerat dua
1 biji kelapa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia 1 pekat rempah kari ikan
2 biji terung
1 sudu teh halba campur
Sedikit asam jawa
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan ikan & ditoskan. Perahkan santan kelapa dan asingkan patinya. Tumiskan halba campur bersama bawang merah, bawang putih & halia yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan serbuk kari & biarkan seketika sehingga pecah minyak. Masukkan santan & perahan air asam jawa bersama-sama terung, apabila menggelegak masukkan ikan & biarkan seketika sehingga masak.