Asam Pedas Muar

Ramuan / Bahan

Ikan Pari / Ikan Tenggiri
1 paket Cili Boh
Air Asam Jawa
2 batang daun kesum
Sedikit garam
4 sudu besar minyak masak 4 biji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
Sedikit belacan

Cara-cara

Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga keemasan. Kemudian, masukkan cili boh. Pastikan cili boh tersebut benar-benar masak & garing. Masukkan bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi serta belacan. Masukkan air asam jawa dan ikan. Letakkan daun kesum yang telah dibersihkan ke dalam periuk tersebut dan biarkan ia mendidih. Perasakan dengan garam.