Biskut Rangup Mazola Berempah

Ramuan / Bahan

250 ml minyak jagung
330 g tepung halus
75 g tepung jagung
½ camca teh garam 1 ½ camca teh serbuk rempah kek
160 g gula kastor
¼ camca teh serbuk kulit kayu manis
2 camca teh gula kastor

Cara-cara

Satukan semua bahan kecuali gula kastor di dalam mangkuk. Uli hingga ia sebati dan menjadi doh. Tekan doh di dalam acuan biskut, tabur gula kastor di atasnya. Cucuk permukaannya dengan garpu. Kemudian tandakan bahagian yang hendak dipotong dengan pisau (buat garisan kasar sedikit) supaya senang dipotong sewaktu hendak menghidangnya nanti. Bakar ia pada suhu 170'C, 30-40 minit. Biar ia sejuk. Potong mengikut potongan yang bertanda tadi.