Kari Daging Kering

Ramuan / Bahan

600 gm daging
2 sudu besar kismis
2 sudu besar rempah kari
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih 1 cm halia
3 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Daun kari

Cara-cara

Daging dibersih & dipotong nipis selebar
4 jari. Bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk hingga hancur. Keluarkan & tumbuk pula kismis hingga lumat. Pijarkan minyak dalam periuk. Kemudian tumisksn perencah bawang yang ditumbuk tadi & daun kari hingga kuning serta wangi. Masukkan rempah kari sambil dikacau hingga wangi. Kecilkan api & masukkan daging sambil dikacau, masukkan
kismis & secukup air. Biar mendidih perlahan-lahan hingga dging empuk & kering kuahnya. Rasa garam. Masakan ini tidak berkuah, sekadar basah saja. Bila menghidang, kalau suka tabur bawang goreng & badam goreng di atasnya.