Kari Daging & Nangka Muda

Ramuan / Bahan

1 peket serbuk kari daging
daging cincang (ikut suka banyak mana)
nangka (ikut suka)
santan (1 biji kelapa)
garam & ajinamoto secukup rasa
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
sedikit halba campur
1 pelepah daun kari

Cara-cara

1. Rebus nangka dan kemudian toskan airnya. Kemudian bancuh kari daging dan rebus bersama2 dengan daging cincang tadi. Apabila daging sudah lembut, masukkan nangka muda yg telah ditoskan. Selepas itu biarkan seketika sehingga nangka muda sebati dengan kari tersebut barulah masukkan santan, garam dan ajinamoto secukup rasa dan biarkan mendidih.
2. Apabila mendidih tutup api, dan panaskan kuali bersama dengan minyak masak dan masukkan bahan2 disebelah kanan kedalam kuali. Apabila semua bahan tadi sudah kekuning-kuningan curahkan kedalam periuk yg berisi daging dan nangka itu.