Ramuan / Bahan

½ kg daging (dihiris nipis)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
Lengkuas - 1 inci (ditumbuk)
Serbuk kari (ditumbuk)
Kunyit - ½ inci (ditumbuk)
Cili giling - 1 sudu besar
Santan - 2 biji kelapa
2 batang cili hijau
Garam
Gula
Perasa (jika perlu)
Minyak

Cara-cara

1. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk dan cili giling hingga naik bau.
2. Masukkan daging, campur air sedikit dan biarkan daging empuk. Api dalam keadaan sederhana.
3. Apabila daging sudah empuk masukkan santan, garam, gula dan perasa.
4. Akhir sekali apabila kuah santan sudah masak masukkan cili hijau dan hidang.