Kari Daging

Ramuan / Bahan

500 g daging lembu (dipotong-potong)
900 ml air bergaram yang mendidih
½ biji kelapa (diparut)
½ cawan minyak masak
1 camca serbuk kunyit
Garam & serbuk perasa secukup rasa
asam jawa yang tak berbiji- sekepal limau kasturi Bahan Tumbuk:
15-20 batang lada kering (direndam &ditoskan)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ biji kelapa (diparut & direndang)
1 camca ketumbar
1 camca jinyan manis
1 camca gula pasir
½ halia

Cara-cara

Masukkan daging kedalam air mendidih & rebus hingga empuk. Angkat dari api & keluarkan daging itu. Simpan air rebusan.Gunakan air rebusan untuk memerah santan pekat dari kelapa parut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana. Masukkan bahan tumbuk & gorengkan hingga keluar minyak. Masukkan potongan-potongan daging, kunyit & bahan perasa.Kacau supaya rata dengan campuran yang telah digoreng.kecilkan api.Campurkan santan & kacau hingga mendidih. Masukkan palpa asam jawa &gaul rata-rata. Masak terus hingga pekat kuahnya.Angkat dari api & isikan kedalam pingan. Hidang panas-panas dengan nasi putih,sayur-sayuran & acar.