Biskut Rangup Chocolate Rice

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
120 gm gula aising
4 biji kuning telur
4 sudu besar milo 4 sudu besar tepung kastard
180 gm tepung naik sendiri
500 gm coklat masakan
Chocolate rice

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga sebati dan masukkan telur.

Masukkan milo, tepung kastard dan tepung naik sendiri dan uli hingga menjadi doh. Canai dan terap.

Bakar pada suhu 150 darjah Celcius selama 20 minit.

Sejukkan dan celup dalam coklat masakan dan tabur chocolate rice.