Kari Cincang Dengan Sayur

Ramuan / Bahan

750 gm daging kisar/cincang (dibuang lemak & uratnya)
500 gm ubi kentang (kupas kulitnya & potong dadu)
250 gm kacang pol (dikosek & ditoskan)
60 gm mentega/marjerin
5 cm kayu manis
3 biji buah pelaga (dibuang kulitnya & digiling )
1 camca jintan manis (direndang & digiling) 1 camca jintan putih (direndang & digilig)
2 camca ketumbar (direndang & digiling)
2 labu besar bawang
1 cawan air
3 biji sedang tomato (dicincang)
1 cawan susu sejat cair
Garam & lada sulah secukup rasa


Bahan Giling:
2 ulas bawang putih
4 cm halia

Cara-cara

Panaskan lemak & masukkan rempah-rempah. Tumiskan selama 1 minit hingga wangi, kemudian masukkan bahan giling tadi. masak selama 2 minit.Kecilkan api.Masukkan bawang & masak dengan bertutup selama 3 minit. Besar api & masukkan daging cincang.Kacau masakkan itu selama 1 minit.sehingga tergaul rata.Masukkan ubi kentang & kecilkan api. Masak dengan bertutupselama 3 minit. Kemudian masukkan air & bahan perasa.Teruskan memasak dengan bertutup sehingga daging & ubi kentang tiga suku empuk. Masukkan tomato, susu yang telah dicairkan & kacang pol. Masak sehingga semuanya empuk & rasa garamnya. Angkat & hidangkan panas-panas.