Kambing Beriani Buah Tamar

Ramuan / Bahan

1 kg daging kambing (dipotong sebesar dadu)
30 gm bawang putih (dikisar)
60 gm bawang merah (dikisar)
5 tangkai cili kering (dikisar)
5 biji buah keras (dikisar)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk kunyit
½ biji kelapa (diambil santannya) 1 biji tomato
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
110 gm minyak sapi
7 biji buah kurma (dibuang biji)
6 helai daun pudina
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga ia naik baunya.

Masukkan cili, buah keras dan gaul sehingga terbit minyak.

Masukkan jintan, kayu manis,kunyit serta gaul sehingga ia masak.

Masukkan buah kurma, pudina, garam dan gula. Pastikan sos (bahan yang ditumis) tidak terlalu cair atau pekat ketika menggaul.