Jantung Zamrud

Ramuan / Bahan

600 gm jantung lembu
399 gm kentang
1 tin kacang peas
1 tin sup tomato
4 labu bawang besar 4 sudu besar minyak
¼ sudu teh serbuk lada
¼ sudu teh serbuk kunyit
1 pokok daun saderi
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong jantung sebesar 5 cm x 2 cm. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Potong kentang bulat-bulat setebal 0.5 cm. Lereng bawang besar. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan jantung. Goreng hingga masak. Masukkan bawang besar, kacang peas dan sup tomato. Akhir sekali masukkan serbuk lada dan garam. Potong daun saderi sepanjang 2 cm dan masukkan ke dalam masakan jantung bersama kentang yang telah digoreng. Kacau supaya semua bahan mesra.