Itik Masak Teochew

Ramuan / Bahan

1 kg itik muda
2 camca sedang garam
1 camca besar rempah serbuk
150 kg lengkuas dihiris
½ camca besar minyak
1 camca besar gula 3 cawan air
3 ulas bawang putih
7 ½ sm kulit kayu manis
8 tangkai cili merah
4 camca besar kicap hitam
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Lumpurkan bahagian dalam itik bersama garam dan serbuk rempah. Sumbat lengkuas ke dalam itik. Panaskan minyak, masukkan gula dan biarkan hingga perang. Apabila perang campurkan air, didihkan dan masukkan bawang putih, kicap hitam dan serbuk perasa. Masukkan itik dan tambah air hingga melitupi 3/4 itik. Rendidihkan itik dengan bertutup sekurang-kurangnya 45 minit hingga itik empuk dan kuahnya menjadi hitam dan pekat.