Itik Masak Kicap Pedas

Ramuan / Bahan

½ ekor Itik dipotong kecil-kecil
Segenggam Cili Kering, kemudian gunting kecil-kecil
Kicap
Garam
Gula
Serbuk Perasa BAHAN TUMBUK:
2cm Halia
2cm Lengkuas
5 ulas Bawang Putih
2 batang Serai

Cara-cara

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging itik dan gaul hingga sebati. Setelah air kering, masukkan cili kering serta kicap, dan bahan-bahan lain secukup rasa. Masak sehingga daging itik menjadi lembut.