Daging Masak Hitam

Ramuan / Bahan

300 gm daging peha
½ cawan kicap
3 sudu besar hirisan gula melaka
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
2 cm halia-ditumbuk 1 labu bawang besar-dihiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Asam jawa sebesar ibu jari -perah ambil airnya
4-5 tangaki cili padi
1 cawan air

Cara-cara

Campurkan kicap. air asam jawa, bahan tumbuk, gula melaka bersama daging dan didihkan hingga daging empuk serta pekat kuahnya. Masukkan bawang besar dan balik-balikkan. Alihkan ke pinggan taburkan cili padi. Hias dengan hati ayam goreng dan lain-lain.