Daging Masak Hitam

Ramuan / Bahan

300 gm daging paha
½ cawan kicap
3 sudu besar hirisan gula melaka
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 cm halia (ditumbuk) 1 labu bawang besar (dihiris)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Asam jawa sebesar ibu jari (ambil airnya)
4-5 tangkai cili padi
1 cawan air

Cara-cara

Campurkan kicap, air asam jawa, bahan tumbuk, gula melaka, serbuk lada hitam & air bersama daging & didihkan hingga empuk serta pekat kuahnya. Masukkan bawang besar balik-balikkan. Alihkan ke pinggan taburkan cili padi.