Biskut Rangup Bunga Matahari

Ramuan / Bahan

90 g prun, dicincang halus
45 g biji buah matahari, dicincang halus
60 g muesli panggang
30 g tepung jagung
210 tepung serba guna 165 g mentega
120 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
½ camca teh esen vanila
Kuning telur secukupnya

Cara-cara

Satukan prun bersama biji bunga matahari dan muesli di dalam mangkuk. Ayak tepung jagung bersama tepung serba guna di dalam mangkuk lain. Putar mentega bersama gula aising hingga ia ringan dan gebu. Tambah kuning telur bersama esen vanila, putar lagi hingga ia berkrim. Masukkan bijirin tadi, gaul hingga ia sebati dan menjadi doh. Bentuk doh mengikut pilihan sendiri atau canai doh setebal 1 cm dan potong segi empat. Buat hingga habis doh. Sapu kuning telur pada setiap permukaan doh. Bakar ia pada suhu 180'C, 15-20 minit.