Gulai Daging

Ramuan / Bahan

1 kg daging lembu
1 senduk cili kering (digiling)
1 ½ biji kelapa parut
1 senduk bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar halia tumbuk 7 sudu besar serbuk rempah kurma
1 keping gula melaka
½ sudu makan gula pasir
½ senduk besar minyak masak
2 biji cili merah dan cili hijau (dibelah dua)
Asam keping, garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Daging dibersihkan kemudian dipotong-potong dan toskan airnya. Kelapa diambil santannya secukup kegunaan. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumiskan semua bahan yang ditumbuk dan digiling hingga naik baunya. Masukkan rempah kurma sambil dikacau hingga rata. Setelah itu masukkan daging dan ratakan. Masukkan santan, gula melaka, garam dan serbuk perasa secukupnya. Apabila telah pekat dan sebati masukkan cili hijau dan cili merah. Setelah daging empuk bolehlah diangkat.