Fajitas Mexicanas

Ramuan / Bahan

3 keping daging steak
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar jus limau nipis
½ cawan bawang besar cincang 2 biji tomato - buang biji dan cincang
2 biji lada besar
1 biji cili serrano
2 sudu besar sos worcestershire
Garam dan lada secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan daging dan ketuk hingga daging nipis dan lembut. Perap daging dengan seulas bawang putih yang ditumbuk, lada dan minyak sayuran yang dicampur limau nipis. Tumis bawang putih yang seulas lagi bersama bawang besar cincang. Masukkan tomato, cili serrano,sos worcestershire dan biar mendidih. Letakkan steak ke dalam kuali pembakar dan siramkan sos tadi sebelum dipanggang ke dalam ketuhar hingga masak.