Ekor Sapi Asam Pedas

Ramuan / Bahan

1 kg ekor eembu (Potong kiub & rebus)
3 camca makan air asam jawa
10 batang cili kering
5 biji cili merah
10 biji bawang merah
4 biji buah keras
½ inci halia
1 inci lengkuas
1 camca serbuk kunyit
Sedikit belacan (mengikut citarasa)
Sedikit garam dan ajinamoto untuk perasa

Cara-cara

1. Panaskan minyak dlm periuk dan masukan bahan yg digiling. Kacau rata sehingga naik minyak.

2. Masukan ekor yg telah direbus, Panaskan diatas api yg sederhana apabila sudah mendidih masukan air asam jawa dan perasa seperti garam dan ajinamoto.

3. Biarlah mendidih sehingga 20-30 minit barulah dihidang.