Ekor Lembu Masak Lemak Cili Padi

Ramuan / Bahan

500 gm ekor lembu
3 batang serai (dititik)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
½ cawan air asam jawa
Minyak
Garam
Gula Bahan dihiris halus:

2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
15 ulas cili padi

Cara-cara

Rebus ekor lembu sehingga setengah masak dan tuskan.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik baunya.

Kemudian masukkan serai yang dititik. Masukkan santan cair, air asam jawa dan ekor lembu.

Setelah empuk, masukkan santan pekat dan garam dan gula secukupnya. Biarkan selama lima minit dan padamkan api.