Ekor Asam Pedas

Ramuan / Bahan

2000 gm ekor lembu
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
60 gm halia
50 gm lengkuas
6 batang serai
60 gm buah keras 30 gm belacan
5 helai daun limau purut
6 helai daun kunyit
Asam jawa
750 gm cili boh
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara

Potong ekor lembu mengikut sambungannya. Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, buah keras dan belacan digiling hingga lumat. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan giling hingga kekuningan atau garing. Masukkan cili boh, daun limau purut, daun kunyit dan tumis hingga naik bau. Masukkan ekor lembu dan air secukupnya ke dalam periuk. Didihkan selama dua jam dan kacau sekali-sekala. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa secukupnya. Hidangkan apabila daging sudah empuk dan kuahnya pekat.