Easy Black Pepper

Ramuan / Bahan

500 gm daging kambing
Sos tiram
Lada hitam
200 gm brokoli dipotong sederhana besar 2 biji tomato dipotong 4
1 batang lobak merah dipotong sederhana besar

Cara-cara

Panaskan non-stick frying pan.
Masukkan daging kambing tadi,tidak perlu masukkan minyak kerana daging kambing sudah berlemak.
Balik-balikkan daging tersebut.
Apabila daging sudah setengah masak, masukkan sos tiram dan lada hitam. Gaul sebati.
Masak sehingga daging betul-betul empuk.
Kemudian masukkan tomato, brokoli dan lobak merah. Biarkan sayur layu untuk seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.