Dendeng Semut

Ramuan / Bahan

500 gm daging
1 biji kelapa parut
2 biji telur ayam
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
3 helai daun limau purut
Minyak untuk menggoreng Rempah digiling:

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 camca teh jintan putih
2 camca teh ketumbar
4 tangkai cili merah
2 camca sedang gula
2 cm lengkuas

Cara-cara

Daging dipotong sederhana besar.

Gaul daging bersama setengah bahan giling dan perap selama setengah jam.

Sebahagian lagi rempah giling dicampur bersama kelapa parut.

Masukkan telur, tepung ubi, garam, daun limau purut serta daging yang diperap.

Goreng daging di dalam minyak panas hingga masak.