Daging Stew Bersayur

Ramuan / Bahan

1 camca besar minyak sayuran
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)
300 gm daging (dibersihkan dan didadu sederhana besar)
2 biji kentang (dibuang kulit dan didadu sederhana besar)
1 biji lada benggala hijau (dihiris halus)
1 biji lada benggala merah (dihiris halus) 1 biji lada benggala kuning (dihiris halus)
100 gm saderi (dibersihkan dan dihiris halus)
500 ml pati rebusan ayam (direbus sendiri atau 1 ketul pati rebusan ayam (dibancuh bersama 500 ml air)
3 helai daun salam
sedikit rempah itali
Sedikit Rosemary
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih sehingga ia layu.

Masukkan daging, biarkan ia selama 5 minit. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, kacau sebentar sehingga ia sebati.

Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk kaserol. Masak ia di dalam ketuhar selama 30 minit, pada suhu 190 darjah Celcius dan masak sehingga daging masak dan kentang empuk.