Biskut Rangup Badam Berkelapa

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
125 gm gula pasir
1 biji telur
1 biji kuning telur
30 gm kelapa kering
40 gm badam kisar

Bahan-bahan diayak bersama:
155 gm tepung halus
70 gm tepung besar
½ sudu teh serebuk penaik
¼ sudu teh soda penaik Bahan-bahan hiasan:
Gula halus
Reben warna

Cara-cara

Putar mentega bersama gula pasir hingga ia kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga ia kembang. Kemudian masukkan Bahan-bahan diayak bersama kelapa kering dan badam kisar. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh lembut. Canai doh. Potong doh bentuk jejari panjang. Buat hingga doh habis. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 190C selama 30 minit. Tabur gula halus di atas biskut rangup. Lapiskan tiga atau empat keping biskut. Ikat dengan reben.